TENOM: Mahkamah Majistret di sini hari ini diberitahu bahawa bukan semua gambar tangkap layar yang diperoleh daripada telefon bimbit seorang pengadu wanita dalam kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, diteliti.
Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) Latifah Abdul Aziz, 43, berkata terdapat sebanyak 436 gambar tangkap layar dipercayai mengandungi unsur lucah diperoleh daripada telefon bimbit pengadu yang merujuk kepada perbualan dengan tertuduh di aplikasi WhatsApp.
Beliau juga bersetuju dengan cadangan peguam Ram Singh, yang mewakili Ebit Lew, bahawa ia adalah sebahagian daripada 156,789 gambar yang terdapat dalam telefon bimbit itu.
Saksi pendakwaan ketujuh itu berkata bagaimanapun, gambar lain tidak mempunyai kaitan dengan permohonan pegawai penyiasat dalam kes tersebut.
Latifah berkata demikian semasa disoal balas oleh peguam itu pada perbicaraan kes Ebit Lew di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.
Katanya beliau menggunakan perisian di makmal forensik PDRM bagi mengeluarkan keseluruhan data daripada barang kes sebelum menjalankan analisis pemerhatian seperti dalam permohonan pegawai penyiasat.
Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.
Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023
Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Gambar fail/Sinar Harian
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Kes Ebit Lew: Bukan semua gambar tangkap layar diteliti - Saksi
Mahkamah Majistret di sini hari ini diberitahu bahawa bukan semua gambar tangkap layar yang diperoleh daripada telefon bimbit seorang pengadu wanita dalam kes pendakwah Ebit Lew, diteliti.
Bicara Ebit Lew: Gambar dipercayai berunsur seksual adalah tangkap layar aplikasi perbualan
Selain itu sistem telefon bimbit itu juga secara automatik menghasilkan satu nama fail untuk gambar berkenaan mengikut tarikh tangkap layar itu dibuat.
COVID-19: Aplikasi pengesanan kontak tidak rakam lokasi individu - Khairy
Khairy berkata aplikasi itu akan dihantar kepada iOS dan Stor Aplikasi Android dalam tempoh beberapa hari.
KPM digesa ambil tindakan penganjur Debat Piala Tun Razak
Beliau turut meminta supaya pihak berkuasa agama dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji sama ada wujud perlakuan jenayah syariah dan sivil.